Friday, July 22, 2011

tangisan sepi~T_T~

Assalamualaikum dunia...xda nak tulis ape sangat, sje je nk update post. pikiran aku letih sejak 2 menjak ni. nak menangis pon air mata da xlalu nak mengalir. penat sangat dengan hidup ni. nak cuba tersenyum dalam kelelahan safar kehidupan. bulan julai dah nak merangkak pergi meninggalkan aku. 
menuju 'syahrul akbar' ogos mendatang bersama Ramadhan, harap aku bersedia ditarbiah olehNya. duhai ruh ramadan, yang padamu terhimpun barakah, didalammu juga ada maghfirah..tolong kongsikan semangatmu bersamaku..aku letih, takut dan gementar dengan hidup ini...

sedih dengan keadaan diri, rasa bersalah dengan berbagai tanggungjawap....

boleh kan sekadar nak berkongsi disini?..menulis cerita untuk diri sendiri sebenarnya..bulan julai ni aku berulang dari Ipoh - kedah. setiap minggu aku balik rumah! da masuk minggu ketiga umi terlantar sakit. tipu la sebagai anak aku gembira dengan keadaan beliau. aku rasa berasalah dengan umi, abah dan adik2. tangungjawap aku banyak yang tercicir... di ipoh aku tak tenang, mendapat SMS umi hampir setiap hari mengupdate berita tentangnya,meluahkan kelukaannya , mencerita segala rasa hatinya, aku rasa bersalah, sedih dan sebagainya..sungguh2 aku serabot...aku rindu suasana yG pernah kualami dulu..so bila di Ipoh aku tak tenang, aku balik, untuk berkhidmat kononnya..aku tak pasti umi bahagia atau tidak dengan kehadiran aku disisinya, aku harap aku bisa membantu walau sedikit. SEDIH....T_T

bila dirumah fikiran aku terbeban lagi, aku takut impian aku tertinggal di tengah jalan, bulan oGos menghmpiri, bermakna aku semakin dengan EXAM..trial 08 ogos 2011 ni, tolong doakan saya ye sape2 yg baca coretan ini. ikhlas dari hati aku meminta sebab usaha aku terasa banyak yg sangkut2nya, harap Ramadahan datang memberi harapan..inshaAllah... minggu depan aku dah terlepas untuk mengikuti 1 program besar d AIM, 'teknik menjawap soalan' sebab aku berada di kedah mungkin sampai 2 ramadhan. aku rasa bersalah dengan ustaz, tapi.....maafkan ana para asatizah..tapi tetap mengharap ana termasuk dalam doa kalian agar ana mmpu memiliki kejayaan. aku mesti MUMTAZ! biiznillah MUMTAZ SOFFY!

antara tangungjawap sebagai anak dan pelajar???aku keliru dan rasa bersalah pada kedua-duanya!

untuk ramadhan yG bakal hadir,,,aku menanti rahmatmu..aku mohon ada hikmah padamu..tolong tarbiah aku menjadi manusia hebat, menjadi kuat, kuat iman, kuat hati, dan kuat mengharungi onak liku hidup ini..

dan untuk ummi tersayang, aku berdoa sepenuh hati.. moga Allah terus menghadiahkan kasih sayang buat kita, tolong lah doakan anakmu ini tabah dan berjaya Dunia Akhirat. semoga ummi cepat sembuh. teruskan perjuangan hidupmu. dan semoga hidup keluarga kita lebih bahagia dari sebelum2 ni..kak sayang umi rapat2!..( dah Nanges dah....)

0 comments:

Post a Comment