Dalam hidup ini kita tidak punya sesiapa, kecuali diri sendiri, tetapi..dalam kita bersendirian , kita beruntung kerana mempunyai seorng sahabat yang memahami kita, sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitulah juga dia..tetapi kirta sering terlupa akan hal itu, Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati apabila dia tidak meneoati janjinya. Kita tidak member dia peluang untuk menerangkan keadaannya, bagi kita, itu alas an dia untuk menutup kesilapan dan membela diri…
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji untuk yang tidak ditepati. Kita beri dia beribu-ribu alas an memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu terfikir kah kita perasaanya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering terlupa..
Untungnya mempunyai sahabat yang sentiasa memahami yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala kekecewaan dan ketakutan, harapan dan impian juga kita luahkan
Dia member jalan sebagai laluan penyelesaian masalah, selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin di kongsi bersama. Pernahkah kita member dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya, rasa sedihnya,rasa kecewanya? Pernahkah kita menenangkan dirinya sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar kejayaannya dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniupkan semangat itu setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dpatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai , kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar apabila terasa lemah agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar darpada hanya bercerita panjang. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat, kerana dia juga ada rasa takut,sedih, bimbangdan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kawan, jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan
Disebalik senyumannyamungkin tersimpan banyak cerita sedih untuk diluahkan
Disebalik kesenangannya,mungkin terpendam seribu kekealutan….
Kota tidak tahu!!!tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.


0 comments:
Post a Comment