da bulan 10?! cepatnya masa berlalu..meninggalkan aku yG kealpaan. da lama xmeluah rasa dilembaran ini, nak kta aku busy?ye k? ramadhan & syawal(hari ni last syawal) aku sepi tanpa berita. sengaja menjauhkan diri, aku makin takot dengan impian yG diimpi sebenarnya!
sedikit berangakat ke masa belakang..cerita bulan RAMADHAN.
4 - Ramadhan: aku dikejutkan dengan berita sedih, pemergian seorang ayahanda juga seorang muallim. Ustaz Mukhtar Abu Bakar. suatu khabar duka yg sukar untuk aku terima, juga sukar untuk dipercaya..aku bukan insan terpilih untuk menatap wajahnya buat kali terakhir. pagi pemergian itu aku berada dibumi perak, dalam kelas dan pling menyentap jiwa, aku xbawa handphone hari tu, dan berita itu akhirnya aku dapat saat jasad sudah selamat disemadi. aku pulang juga ke bumi kedah untuk berjumpa dengan m.tam, ( arwah merupakan adik umi dan beliau digelar pak Tam oleh anak2 saudara) beliau meninggalkan seorang balu bersama 8 orang anak yG kesemuanya yatim! yang sulung berusia 12 tahun dan bongsu baru 42 hari masa hari abahnya meninggal.
![]() |
dalam kenangan... |
masih terbayang gurau senda beliau, dalam kelas dan dalam keluarga, begitu cepat Allah menjemputmu, semoga rohnya dicucuri ramat.Al-fatihah.....
12 - Ramadhan: trial STAM bermula, Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menduduki 10 subjek yG berakhir pada 22 - Ramadhan. erm..khabar trial? aku tak pasti macammana, nak cakap susah k senag ke..baru2 ni da keluar result, tapi kejayaan dalam trial tak bererti aku mampu merasa selesa kerana final exam yG akan menentu segalanya. takot tengok result sebab takot tak mampu kekalkan kejayaan ini,Allahu ma'ie..
![]() |
alhamdulillah.Ya Allah, aku inginkan kejayaan yG berkat |
cerita raya xda! tahun ni raya biasa2 je sebab umi sakit, xboleh berjalan so kami seolah-olah lumpuh kemeriahannya. dok rumah tunggu tetamu ja. tak p beraya rumah sapa pon. tp inshaAllah Aidilfitri menjadi fatrah menuju kejayaan, kejayaan melepasi imtihan Ramadhan dan menjadi titik awal untuk berjaya dunia dan akhirat, biiznillah.....MAAF ZAHIR & BATIN semua......
oktober mendatang..berbaki 14 hari untuk aku menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM) mohon doa dri semua. moga aku beroleh kejayaan didalam imtihan ini,, demi merealisasi impian diri juga sebagai hadiah untuk ibu bapaku yG banyak berjasa untuk duniaku.moga kejayaan itu membahagiakan mereka. semoga kejayaan itu biasa merubah aku menjadi insan yG lebih baik. itu AZAM!
استجب اللهم دعاءنا وحقق فيك رجاءنا
akhir sekali : menyelit doa untuk bonda tercinta, semoga kamu tabah mengadapi ujian ini.
(sepatutnya hari ni umi da bebas dr belenggu yG membalut kakinya, tp ditambah lagi sebulan.)
semoga ujian ni menjadi medan pameran kasih syang Tuhan kepadamu.....sabarlah, Allah
bersamamu. teruskan berdoa untuk diriku, kejayaanku dan kehidupanku juga akhiratku. aku
perlu redhamu demi memburu redha Rabb ku..doakan anakmu ini berubah menjadi insan yG
baik, menjadi seperti yG engkau impikan..ucapan terindah untukmu..TERIMA KASIH~~
0 comments:
Post a Comment