syairku patah disatu resah
hilang kata tersasar rasa
tidakku temu indah yg dulu
sapaan bahasa jahitan kata
nan berkuntum raya
aku tiada!
kataku kini singkat
padt makna tanpa kiasan
sendat rasa tanpa senyuman
penuh emosi tanpa pemahaman
duhai diri..
aku kini berubah
perubahan yang begitu serlah
aku xdapat mengawalnya
arus ini gagah dan aku kalah!
diriku..abad 20 rupanya begini
dulu pernah kutanya
persiapan apa ntuk ku bawa kesana
usia dewasa yg gah dikata
gerun saat dirasa
namun kini, aku menjejakinya tanpa bekal apa
persediaan yg hilang nth ke mana,
maafkan aku wahai diri
kerana menghadiahkan kau sebuah keliru
jalan penuh cabang hingga kau hilang tujuan
duhai diri,duhai hati
senandung ini dihujung usia
pada 20 yG makin berkembang takahnya
aku ingin kembali mencipta kisah indah berbunga-bunga
mengganti bekal Yg tidak kubawa
sebelum takah ini berjalan dan berhenti
dan melihat aku terkeliru rugi
duhai diri,hati yG suci
bahasa kelmarin bahasa 'kita'
untuk ku melewati setiap bait katanya
kelmarin aku mereka cipta
dan hari ini aku tempuhi ceritanya
aku ingin membuka semula
sejarah pendek yang aku cipta
dan menjadi kisah baru yG aku penghuninya...
diri..
diruang hidup yG nth saat akhirnya
ku cipta lagi kisah nan cerita
biar penafsir kan bermaksud cinta
tapi aku menilik bahagia
biar peramal melihat duka,
kan ku nampak gembira
pada wajah diseribu rasa
akulah pemburu bahagia
selagi takah ini berjalan pada landasannya
aku akan ada
disini mencipta cerita demi cerita...
disini mencipta cerita demi cerita...
![]() |



0 comments:
Post a Comment