Monday, November 28, 2011

Mimpi-mimpi Hari Esok

Assalamualaikum...

salam ceria...
salam cinta...
salam kasih sanyang...

senyum jap, sebab senyum tu pengubat jiwa lara, da lama xmenulis.jiwa kacau, otak serabot! tu la hakikatnya aku sekarang..huhu

oktober da lama berlalu,perjuangan aku untuk tahun 2011 sudah selesai dan berbaki 2 bulan aku jadi penunggu rumah yang bosan, Adeh!

bila da bosan macam2 huru hara datang menyinggah, agak la..lepas habis exam, ada masalah menghurung diri, sebolehnya rasa nak lari, dok jauh2 dihujung dunia, tempat tu tak da sape yG kenal aku, memang tertekan sesangat2nya, tapi sekarang agak o.K, bukan ape..takot bile nk pikir masa depan, segalanya bagai sesuatu yang masih gelap, tak pandai aku nak mengagak.Astaghfirullahalazim!=aku rasa aku banyak dosa...

dipenghujung november suda sekarang, esok lusa da disembember (bulan terakhir di 2011)
jom kita tulis2 impian tahun depan nak..bermimpi, sapa yG tak boleh?mengharap siapa yG tak nak?so kita tetap la berdoa semoga ianya menjadi nyata...


pejam mata..nampak-nampak taun depan macam indah ja..:-) ye k?

ni impian aku ntuk taun depan, nk citer kat sini biar da orang yang mendoakan sama. Biiznillah!



*nak MUMTAZ STAM! ( result kua ujung bulan jan kot)

*nak keje~~~ cari duit siket, nak hidop..(duit untuk hidop bukan hidup untuk duit yee:-)

*nak amik lesen kete laa..da bosan, tiap kali nak pergi mane2 kene paksa2 orang dulu, kadang2 terbang duit untuk upah lagi..( ahgrh!xnak da pasni)

*nak _ _ _ _ _ (sila isi tempat kosong)HEHEHE yang ni betol2 mengharap sangat nih! 

*nak berusaha jadi wanita yang baik,tolong doakan aku untuk ini..

*Nak kawen da k???HEHEHE tahun depan umo da jadi 22(macam ta percaya.........)

*erm...Nak p mesir (boleh kah?)

INSHAALLAH untuk semua diatas...................................................amin

Rasanya mimpi pasal cinta-cinta gak yang paling best kan?HEHEHE



Tuesday, November 8, 2011

IkhLaskaN Hati iNi RaBBi.....

Ikhlas memang sangat mudah untuk diucapkan tapi sangat sukar untuk dilalui. Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang sehingga dapat membimbing kita pada sebuah keikhlasan.

Ketika cinta terhalang dengan restu orang tua, ketidakmampuan dan ketika harus menerima kenyataan orang yang di sayangi berkahwin dengan orang lain. Ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yang tidak akan wujud, maka adalah tidak mudah untuk menerima kenyataan itu, bahkan mungkin sangat sukar untuk kita menerimanya. Hari demi hari dilalui dengan air mata dan kesedihan.

Di kesunyian dan keheningan malam, kita menangis di hadapanNYA bukan untuk menyesali apa yang terjadi, tetapi menyesal kenapa kita belum dapat menjadi hambaNYA yang ikhlas menerima kenyataan ini.

Tetapi itulah hidup. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit. Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita  sedih, kecewa dan merasa  tidak adil.

Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA.

Ini akan menenangkan hati yang gelisah. Kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya dan Insyaallah ia akan membimbing kita untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menjalani hidup.

Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita. Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakinlah bahawa rencana Allah itu lebih baik.

Buat sahabat yang sedang  bersedih, kuatkanlah semangat, kerana Allah sayang kepada hambaNYA yang kuat dalam menjalani ujian dariNYA. Kerana sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat yang diberikan olehNYA yang harus kita syukuri.

Selalulah berprasangka baik kepadaNYA dan bersyukur Allah masih memberikan ujian kepada kita. Itu bererti kita termasuk dari kalangan orang-orang yang masih diperhatikan olehNYA. Allah selalu memberikan sesuatu yang kita perlukan, bukan sesuatu yang kita inginkan. Oleh itu,  DIA lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA.

Ikhlas, sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan. Tidak mudah tetapi  sangat sukar. Tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha dan mencuba untuk menjalaninya dalam kehidupan kita.


Terima Kasih Ya ALLAH untuk kasih sayang, kekuatan dan semua yang sudah Engkau berikan kepada kami. Berikan petunjuk dan bimbinganMu kepada kami seperti yang telah Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang Engkau sayangi.


Friday, November 4, 2011

Ukhtiku..Kamu cantik sekali

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.


Saudari, kamu cantik sekali

Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.


Saudari, kamu cantik sekali

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.


Saudari, kamu cantik sekali

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.


Saudari, kamu cantik sekali

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?


Saudari, kamu cantik sekali

Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.


Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.

Wednesday, November 2, 2011

Sayangilah Hati Lembut itu




“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya” Q. S. An-Nur (24):31


Ada sebuah kisah klasik di antara kita para anak manusia…
Adam dan hawa, begitulah kecenderungan manusia pada setiap lawan jenisnya…
Ada ikhwan akhwat, akhi ukhti, qais laila, romeo juliet, dan begitulah seterusnya…
Sudahlah kebiasaan, jika cinta itu diungkapkan seorang pemuda pada kekasihnya…


Diungkapkan seorang ikhwan kepada akhwat..
Jujur, itu bukanlah perkara biasa…
Tetapi sungguh luar biasa…

Ketika ada lelaki berkata pada wanita “Saudari, aku mencintaimu dan menyayangimu…”
Hmm, sederet kata sayang yang memenuhi ucapannya… mengharapmu menjadi kekasih hati…
Terbungkus harapan dan janji-janji manis…


Wahai hawa, apa yang kalian rasakan jika ungkapan itu mendarat di telingamu?
Akankah terbang di atas awan atau terbuai angan panjang…
Mungkin ada dari kalian yang punya hati sekuat keluli, lali akan kata-kata itu…
Tetapi banyak yang berhati bak kapas yang mudah diterbangkan
Terbang kemana pun angin berhembus…
Betapa tak kuasanya…
Lembutnya hati si hawa…


Adam, sanggupkah kalian menodai hati lembutnya??
Dengan kerapuhan dan kelembutan…
Atau mungkin kebodohannya…
Sebenarnya, orang yang suka mempermainkan wanita adalah pengecut.
Kenapa begitu? kerana dia hanya bermain-main dengan sehelai kapas…
Yang kecil, nipis, mudah terbang tanpa arah dan tujuan…
Bermain-main didalam angan-angan dan buaian…
Realitinya, kalian belum berani menghadapinya…
Jika anda seorang yang “jantan”, nikahilah wanita itu.


Renungkanlah…


Jauhi wanita, jika kalian tak kuasa dengan fitnah hawa…

Janganlah percikkan bara, jika kalian tak ingin terbakar olehnya…

Janganlah mengambil risiko dengan mendekati pintu – pintu fitnah,

Jika kalian tidak bolehmenanggung akibatnya…

Menghalalkan yang telah diharamkan-Nya…

Bagaimanapun itu sudah terkeluar dari jalur and syari’at-Nya…

Terbuai cinta yang bersemi sebelum waktunya…

Sehingga menempuh jalan bermaksiat kepada-Nya…

Sabarlah dan tuntutlah ilmu…

Amalkan dulu ilmu yang kita punya dalam balutan ketaatan dan ketaqwaan…

Jika memang sudah tak boleh,

Tempuhlah jalan yang paling mulia tuntunan RasulNya…

Berkahwinlah melalui jalur syari’atNya…

Dengan cara-cara yang dibenarkan dan dihalalkanNya…

Muslim yang baik untuk muslimah yang baik…

Muslimah yang baik untuk muslim yang baik pula…

Dan sebaliknya…

Semoga Allah memberkati dalam ikrar suci yang menyatukan cinta kalian keranaNya

Terbina indah dan mulia dengan sebuah pernikahan…



Kuntum mawar yang telah merekah mempesona, hadirkan ungkapan cinta suci pada kekasihnya…


Itulah cinta yang sesungguhnya…


Semoga Allah menyayangimu…


Hijablah hatimu dengan hijab kalian…


Hijab yang sempurna…


Jangan biarkan hatimu mudah terjatuh kerana seorang lelaki khilaf yang berpenyakit hatinya, hingga terlena akan harapan-harapan kosong mereka…

Tuesday, November 1, 2011

Bersabarlah Duhai Hati

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.

Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.

Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.

Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.



Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.

Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.

Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah!

Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)


Berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)



Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya

Indahnya Khitbah



Isu Kaf Ha Waw Ya Nun bukan sahaja hangat diperkatakan dalam kalangan remaja kita, tetapi sama juga halnya di Maghribi. Sampaikan ada yang percaya, jika perempuan yang umurnya sudah dua puluh tiga tahun tetapi masih tidak berpunya, itu petanda yang bahaya. Takut tidak berkahwin sehingga akhirnya.


Saya sangat tertarik untuk berkongsi pendapat dan pengalaman mengenai perkara yang hangat diperkatakan oleh anak muda seperti saya. Isu Nikah Gantung atau Nikah Khitbah memang isu yang sering kita dengarkan. Saya ada dua kisah untuk dikongsi bersama. Kisah saya mungkin biasa-biasa sahaja penulisannya, tetapi diharapkan semua mendapat manfaat bersama.


Kisah 1


Saya ada seorang kawan, Azizah namanya. Perkenalan kami dimulakan oleh Azizah, sewaktu dia menegur saya di surau. Agaknya dia tahu saya orang asing melalui pakaian saya, lalu dimulakan salam dan perkenalan.


Dia sangat baik orangnya, alim dan cantik. Setiap kali berjumpa, pasti saya akan dipeluk dengan kuat dan diciumnya pipi dengan erat. Hari-hari di semester satu berlalu dengan indahnya dengan perkongsian cerita dan ilmu. Walaupun Azizah pelajar Ilmu Sosiologi, saya pula dalam bidang Bahasa Arab, tetapi bagaikan ada satu kimia yang menghubungkan hati kami dan kami sangat selesa bersama.


Sehinggakan sewaktu kami berjumpa lagi di dalam surau, Azizah bertanya kepada saya:


"Husna, apa yang awak dah buat kat saya ni?"


"Saya selalu rindu awak."


Terharu mendengarkan ayatnya, saya membalas,


"Saya pun tak tahu kenapa, semoga dengan ukhuwah ini membawa kita ke syurga." Sambil tersenyum memandangnya.


Pada suatu hari, kebetulan kami memang tiada kelas pada waktu yang sama, Azizah mengajak saya berjalan-jalan bersama ke taman. Kami duduk di tepi taman berhadapan court bola. Soal Azizah kepada saya memulakan bicara.


"Boleh tak awak ceritakan serba sedikit adat perkahwinan di tempat awak?" Ligat otak saya mencari ayat, menyusun cerita mengenai adat. Haruslah dikongsi dari awal pertemuan bukan?


Secara ringkas, saya bercerita turutan daripada tunang hinggalah ke majlis perkahwinan. Dia bertanya lagi.


"Kamu sudah bertunang ke?"Tersengih senyuman saya melebar ke telinga.


"Semestinya belum lagi." jawab saya.


Rupa-rupanya, Azizah ingin memberitahu bahawa dia sudah bertunang tiga hari lepas dengan anak jirannya. Dia tidak pernah kenal siapa, tetapi ibunya sangat berkenan dengan Azizah dan ingin masuk meminang. Azizah bersetuju kerana jejaka tersebut katanya sangat sopan dan baik budi pekerti menghormati ibu bapa walaupun tidak pernah bersua muka.


Seminggu berlalu, kami berjumpa lagi. Kini Azizah dengan penuh perasaannya menceritakan bahawa dia sudah berkahwin di atas kertas. Menulis akad. Tetapi masih belum melangsungkan majlis perkahwinan.


Katanya, dia masih duduk bersama ibunya dan bukan bersama suaminya. Selepas tiga bulan, suami mengumpul wang secukupnya, rumah sudah tersedia barulah Azizah akan berpisah dengan ibunya. Terkejut. Keliru. Masih tidak faham. Itulah situasi saya ketika Azizah menceritakan statusnya pada bulan April ketika itu.


Tiga bulan berlalu, saya dan Yusra dijemput untuk ke majlis perkahwinannya. Meriah! Berwarna-warni penuh dengan muzik taqlidi dan madah nabawi. Kami dibawa Azizah dari awal sebelum majlis perkahwinan bermula sehingga majlis tamat. Sempat kami menjamah kuskus di rumah ibunya.


Selesai kuskus habis dijamah, suami Azizah datang untuk menjemputnya, pada saat itu ibunya mengalirkan air mata kerana Azizah tidak akan lagi tinggal bersamanya. Kemudian dari rumah ibu Azizah kami dibawa ke rumah barunya yang lengkap berperabot, peti ais, microwave, TV LCD Skrin dan lain-lain lagi.


Seterusnya kami dibawa pula ke tempat bersolek dan akhirnya kami ke majlis perkahwinannya di sebelah malam yang tamat sehingga pukul lima pagi. Fuhh, pertama kali tidak tidur malam hadiri majlis kahwin.


Ini contoh Nikah Khitbah.


Indah bukan?


Kisah 2


Nawal yang kecil molek orangnya menyusun langkah rapi ke kuliah di pagi hari Isnin. Sedang asyik berjalan laju mengejar masa sebelum kelas bermula, dia tersempak dengan saya di pertengahan jalan sebelum saya melintas ke seberang untuk sampai ke kuliah. Dia menepuk perlahan bahu saya. Sambil memberi salam dan bertanya khabar, kami sama-sama berjalan ke kuliah dalam keadaan tergesa-gesa.


Peluang ini saya ambil untuk mengucapkan tahniah kepadanya di atas perkahwinan yang telah dilangsungkan. Rupa-rupanya, Nawal juga masih belum melangsungkan majlis tetapi sudah berakad nikah di atas kertas.


Situasi yang sama seperti Azizah diceritakan kepada saya. Nawal berkahwin dengan kenalan abangnya yang baru sahaja dikenali. Tidak memerlukan masa pertunangan yang lama, mereka terus melafazkan akad nikah tetapi masih belum duduk serumah. Suaminya sedang bekerja mengumpulkan duit secukupnya supaya Nawal boleh tinggal dengan selesa di rumah miliknya.


Nawal yang sentiasa mengenakan pakaian salafi gelap, bertudung litup seluruh badan leka bercerita saat pertemuannya sehinggalah kami tiba di pintu masuk kuliah. Oleh sebab kelas kami berlainan, jadi saya minta izin untuk ke arah yang bertentangan. Sebelum berpisah dengannya, Nawal sempat berpesan kepada saya untuk memberitahu Yusra yang dia mahu datang ke rumah untuk menggunakan internet.


Pada sebelah petangnya, Nawal datang ke rumah kami seusai kelasnya tamat. Sememangnya rumah kami tidak ubah seperti sebuah Cyber Cafe, maka ramailah kawan-kawan kami singgah untuk menggunakan internet walaupun sekejap sahaja.


Nawal masuk dan terus ke bilik Yusra untuk menggunakan laptopnya. Sebelum MSN Messengerdibuka, Nawal berhias secantiknya untuk duduk di hadapan komputer.


Kenapa dia berhias untuk kami?


Perlu ke menggunakan internet sambil berhias diri?


Nawal sebenarnya hendak berjumpa si buah hati. Ya, dia sedang bersiap untuk berdatingdengan suami. Sweet bukan?


Oh Tuhan, saat dia berada di hadapan komputer berwebcam dengan suami tercinta, kami terasa sangat gembira dan bangga dapat menolong orang berdating buat kali pertamanya.Dating yang halal dan membawa pahala.


Alhamdulillah, sekarang Nawal sudah mengandung enam bulan. Walaupun begitu, dia tetap gagahkan diri belajar di kuliah selagi termampu.


Kisah ini juga contoh Nikah Khitbah. Indah bukan?


Adat Melayu kita menampakkan proses perkahwinan itu adalah sesuatu yang sangat kompleks urutannya. Pada hakikatnya, ianya sangat mudah.


Setiap perkahwinan itu sentiasa kita impikan keindahan berpanjangan. Namun harus diingatkan juga, niat untuk membina sebuah masjid itu perlu dibetulkan. Tanya diri semula.


Mengapa aku ingin berkahwin?


Sudah sediakah aku menjadi seorang suami?


Mampukah aku bergelar seorang isteri?


Jikalau jawapan yang diberikan masih tidak, maka sebaiknya kita beristighfar selalu, berpuasa dan dekatkan diri kepada Allah S.W.T dalam masa yang sama kita persiapkan diri untuk sebuah perkahwinan nanti.


Utamakan perkara yang lain terlebih dahulu. Sibukkan diri dengan perbaiki dan kenali diri. Tidak perlu terburu-buru dalam hal mendirikan rumah tangga, takut-takut juga nanti berakhir dengan perceraian. Bercerai dalam usia yang muda. Nauzubillah.


Bercouple, berpasangan, bercinta, berkasih sayang, namun hubungan tersebut masih tidak diikat dengan sebuah ikatan yang sah takut-takut hanya membawa kemurkaan Allah SW.T.


Sudah pasti perkara tersebut melalaikan kita dan menjauhkan kita daripada-Nya. Semua orang senang berkata, "Takpe, yang penting kita jaga hati." Tetapi hanya Allah S.W.T dan diri sendiri tahu sejauh mana kita mampu menjaga hati kita.


Sebuah perkahwinan yang diberkati Allah S.W.T menjadi dambaan semua.


Kita juga mengimpikan anak soleh dan solehah penyejuk mata.


Maka dari permulaannya lagilah perlu kita jaga.


Mungkin ada yang akan bercakap, "Mudahlah awk berkata-kata, awak masih belum diuji, tunggulah nanti."


Mungkin saya belum diuji, mungkin saya pula akan kalah nanti, tetapi saya sedang persiapkan diri.


Sebagai sahabat, saya hanya ingin beringat. Kelak, ada pula yang mengingatkan saya di saat saya sesat.

Wednesday, September 28, 2011

salam MUMTAZ untuk OKTOBER!

da bulan 10?! cepatnya masa berlalu..meninggalkan aku yG kealpaan. da lama xmeluah rasa dilembaran ini, nak kta aku busy?ye k? ramadhan & syawal(hari ni last syawal) aku sepi tanpa berita. sengaja menjauhkan diri, aku makin takot dengan impian yG diimpi sebenarnya!

sedikit berangakat ke masa belakang..cerita bulan RAMADHAN.

4 - Ramadhan:  aku dikejutkan dengan berita sedih, pemergian seorang ayahanda juga seorang muallim. Ustaz Mukhtar Abu Bakar. suatu khabar duka yg sukar untuk aku terima, juga sukar untuk dipercaya..aku bukan insan terpilih untuk menatap wajahnya buat kali terakhir. pagi pemergian itu aku berada dibumi perak, dalam kelas dan pling menyentap jiwa, aku xbawa handphone hari tu, dan berita itu akhirnya aku dapat saat jasad sudah selamat disemadi. aku pulang juga ke bumi kedah untuk berjumpa dengan m.tam, ( arwah merupakan adik umi dan beliau digelar pak Tam oleh anak2 saudara) beliau meninggalkan seorang balu bersama 8 orang anak yG kesemuanya yatim! yang sulung berusia 12 tahun dan bongsu baru 42 hari masa hari abahnya meninggal.
dalam kenangan...
masih terbayang gurau senda beliau, dalam kelas dan dalam keluarga, begitu cepat Allah menjemputmu, semoga rohnya dicucuri ramat.Al-fatihah.....

12 - Ramadhan: trial STAM bermula, Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menduduki 10 subjek yG berakhir pada 22 - Ramadhan. erm..khabar trial? aku tak pasti macammana, nak cakap susah k senag ke..baru2 ni da keluar result, tapi kejayaan dalam trial tak bererti aku mampu merasa selesa kerana final exam yG akan menentu segalanya. takot tengok result sebab takot tak mampu kekalkan kejayaan ini,Allahu ma'ie..
alhamdulillah.Ya Allah, aku inginkan kejayaan yG berkat

cerita raya xda! tahun ni raya biasa2 je sebab umi sakit, xboleh berjalan so kami seolah-olah lumpuh kemeriahannya. dok rumah tunggu tetamu ja. tak p beraya rumah sapa pon. tp inshaAllah Aidilfitri menjadi fatrah menuju kejayaan, kejayaan melepasi imtihan Ramadhan dan menjadi titik awal untuk berjaya dunia dan akhirat, biiznillah.....MAAF ZAHIR & BATIN semua......

oktober mendatang..berbaki 14 hari untuk aku menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM) mohon doa dri semua. moga aku beroleh kejayaan didalam imtihan ini,, demi merealisasi impian diri juga sebagai hadiah untuk ibu bapaku yG banyak berjasa untuk duniaku.moga kejayaan itu membahagiakan mereka. semoga kejayaan itu biasa merubah aku menjadi insan yG lebih baik. itu AZAM!



استجب اللهم دعاءنا وحقق فيك رجاءنا


akhir sekali : menyelit doa untuk bonda tercinta, semoga kamu tabah mengadapi ujian ini.


(sepatutnya hari ni umi da bebas dr belenggu yG membalut kakinya, tp ditambah lagi sebulan.)

semoga ujian ni menjadi medan pameran kasih syang Tuhan kepadamu.....sabarlah, Allah

bersamamu. teruskan berdoa untuk diriku, kejayaanku dan kehidupanku juga akhiratku. aku

perlu redhamu demi memburu redha Rabb ku..doakan anakmu ini berubah menjadi insan yG

baik, menjadi seperti yG engkau impikan..ucapan terindah untukmu..TERIMA KASIH~~